Tuesday, October 21, 2008

Rais cadangkan jawatan parti dipertanding secara tender

21/10/2008 5:22pm


PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender.
Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
``Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini. ,br>

- Utusan

Verdict : HAHAHAHA....BAH..NGAMLAH ITU!!!